06.42

Shaff adalah Kesempurnaan Sholat

Diposkan oleh salwa

Bismillah ....



أَقِيْمُوْا صُفُوفَكم وَتَرَاصُّوا فَإِنِّيْ أرَاكُم مِن وَرَاءِ ظَهْرِيْ

"Dirikanlah saf-saf kamu & rapatkan tumit-tumit di antara kamu. Sesungguhnya aku melihat kamu dari belakangku"
[1] [Hadis riwayat Bukhari (2/174) & Muslim (434), juga disebut di dalam Riyadus Soliheen (2/1088)., perintah nabi SAW pada setiap kali waktu solat kepada para makmum yg berada di belakangnya. ]


"Allahu akbar", dengan penuh rasa kehinaan, rendah diri, takut & harap kepada Allah SWT… nabi SAW bertakbir memulakan solatnya sebagai imam di hadapan sekalian para sahabat RA.



Dalam keadaan saf yg rapat, bahu membahu, tumit bertumit .. semuanya khusu' menghadapkan wajah masing-masing di hadapan Allah Rabbul Jalil sambil mendengar nasihat, teguran, berita & kisah yang dibacakan oleh nabi SAW di dalam alQuran. Bergetar hati-hati mereka tatkala mendengar ayat al-Quran dibacakan kepada mereka …



















Mengapa nabi SAW memerintahkan agar makmum merapatkan saf?



… Kerana merapatkan saff di dalam solat merupakan salah satu dari kesempurnaan & kecantikan solat berjemaah. Nabi SAW telah bersabda:


سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ


"Rapatkan saff-saff kamu. Sesungguhnya merapatkan saff merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat"
[2] [Hadis riwayat Bukhori (3/150) & Muslim (2/427). Guru kami, Syeikh Dr. Mustapha al-Bugho menyatakan bahawa hadis ini merupakan satu tuntutan untuk merapatkan saf kerana ia menunjukkan kepada kecantikan dan kesempurnaan solat serta mempersatukan hati-hati mereka yg mendirikan solat.((Nuzhatul Muttaqin (2/51)))]

Sebagaimana kita dituntut utk melakukan yg terbaik di dalam urusan pekerjaan, di dalam perkara ibadah .. kita juga dituntut untuk melakukan yg demikian. Kita bukan malaikat yg sentiasa istiqamah imannya, bukan juga para anbia' yg sentiasa meningkat darjat keimanannya ... tetapi kita adalah insan biasa yg imannya ada pasang & surutnya serta turun & naiknya. Paginya beriman .. petangnya kufur. Petangnya pula beriman .. siangnya menjadi kufur. Menyedari hakikat ini, marilah kita menyempurnakan ibadah-ibadah kita .. supaya dgn kesempurnaan tersebut ia dpt menutup kelopongan-kelopong an yg ada di dalam amalan kita yg lain. Marilah kita berusaha ke arah itu dgn sebaiknya ....


Mengapa nabi SAW memerintahkan agar makmum merapatkan saf?


… kerana merapatkan saf dapat menyatukan hati-hati manusia. Kasih sayang & keprihatinan seseorang kpd orang lain boleh terhasil dari sentuhan-sentuhan mereka samada melalui bersalaman tangan, pelukan & ciuman mahabbah, juga saf di dalam solat. Ibu bapa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka melalui ciuman, dakapan & belain kasih mereka. Begitu juga halnya berlaku di antara suami & isteri.

Menunjukkan bahawa di sebalik sentuhan itu terdapat rahsia yg diciptakan oleh Allah SWT dalam membina keharmonian hidup berkasih sayang. Perintah merapatkan saf juga merupakan suatu petanda bahawa agama Islam begitu sekali menuntut agar kehidupan mereka didirikan atas semangat berjamaah (persaudaraan) , kesatuan (tidak berpecah belah) & mahabbah (kedamaian) … bukan kesombongan, bangga diri & bersendirian. Tidak kira siapapun dia, bagaimana kedudukan pangkatnya, warna kulitnya & bangsanya … saf perlu tetap dirapatkan.

كان رسولُ اللهِ (ص) يَتَخَلَّلُ الصَفَّ مِن ناحيةٍ إلى ناحيةٍ ، يَمْسَحُ صُدورَنَا ومَنَاكِبَنا ويقول: لا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفُ قلوبُكم

"Rasulullah SAW berjalan di celah-celah (makmum) dari hujung ke hujung, (kemudian) baginda menyapu dada-dada & tumit-tumit kami, lalu berkata: Jangan kamu berpecah belah, akan berpecah belah hati-hati kamu"
[3] [ Riwayat Abu Daud (664) dengan sanad yg Hasan.]


Mengapa nabi SAW memerintahkan agar makmum merapatkan saf?


… kerana merapatkan saf dapat membantu memberi kekhusukkan ketika solat & menghalang dari dicelahi oleh syaitan. Ketika kita sedang 'mendirikan' solat, iblis akan menghantar syaitan-syaitan yg berpangkat 'captain' untuk mengganggu kita supaya kita leka & lalai. Akibat kelalaian & kelekaan kita ketika solat, titile dari 'mendirikan' solat akan turun kepada title 'menunaikan' solat

Sebagai perumpamaan, bukankah berbatang-batang mancis yg diikat sukar untuk dipatahkan jika hendak dibandingkan dgn hanya sebatang mancis yg berdiri sendirian? Begitulah keadaannya di dalam solat … kedudukan saf yg rapat memperkuatkan hati-hati kita, mengkhusukkan hati & permikiran kita serta menyukarkan syaitan untuk menodai kita. Tetapi ia tidak berlaku jika kita berjauhan & tidak mahu bahu membahu … dengan kuli syaitan pun kita boleh tertewas.

فَوَالذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ إِنِّيْ لَأَرَى الشَيْطانَ يَدْخُلُ مِنْ خَلَلِ الصَّفِّ كأنها الحَذَفُ

".. Demi yg diri aku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku benar-benar melihat syaitan masuk / mencelahi celah-celah saf seolah-seolah seperti al-hazafu"
[4] [Hadis Sahih riwayat Abu Daud (667) dengan sanad mengikut syarat Muslim. 'Al-Hazafu' adalah kambing hitam yg kecil yg berada di sebelah kanan.

Inilah antara jawapan mengapa kita diperintahkan untuk merapatkan saf di dalam solat. Bukan sekadar makmum, imam juga dituntut agar memberikan peringatan tersebut sebelum solat dimulakan kerana ia merupakan sunnah yang ditunjukkan oleh nabi SAW pada setiap kali hendak memulakan solat .... WA


Kekilafan kita


Apa yg mendukacitakan … perkara ini tidak dititikberatkan oleh orang Melayu. Sepanjang penilitian saya berada bersama masyarakat Muslim Arab, seperti di UIA, Baitil Haram, Masjid an-Nabawi, Jami' Umawiyyah, Gami' al-Azhar & Jami'ah Yarmouk .. saya boleh membuat kesimpulan bahawa sikap ini hanya wujud di kalangan orang Melayu; orang yg sama warna kulit dengan saya, sama bahasa & rupa. Sikap ini tidak wujud pada bangsa saudara se-Islam saya yg lain.

Bahkan orang Arab, mereka sanggup menegur orang di sebelahnya jika tumitnya tidak selari dengan tumit orang pada safnya. Malah kadang-kadang ketika solat didirikan .. kalau ada kelopongan atau celahan, ia akan segera diisi oleh mereka atau mereka menarik orang di sebelah mereka supaya kembali merapatkan saf.

Namun hal ini jarang terdapat pada orang melayu. Mereka lebih selesa solat berjauhan.. tidak mahu bahu membahu, tumit bertumit. Semakin kita ingin rapat, semakin dia cuba menjauhkan diri. Sehingga jaraknya kadang-kadang boleh diisi oleh seorang budak. Kadang-kadang memang rasa nak tegur. Nak marah pun ada... Kalau macam itu la keadaannya, lebih baik solat seorang diri .. tidak perlu berjemaah.

Mungkin salah satu faktor mengapa kita susah untuk bersatu adalah disebabkan gagalnya kita merapatkan saf di dalam solat. Marilah kita membuat perubahan …. bersama Bahu Membahu

"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh"

(as-SAff: 4)


Rapatkanlah saff kerana kesempurnaannya ada di situ ..... Wallahu a'lam.


[1] Hadis riwayat Bukhari (2/174) & Muslim (434), juga disebut di dalam Riyadus Soliheen (2/1088).
.
[2] Hadis riwayat Bukhori (3/150) & Muslim (2/427). Guru kami, Syeikh Dr. Mustapha al-Bugho menyatakan bahawa hadis ini merupakan satu tuntutan untuk merapatkan saf kerana ia menunjukkan kepada kecantikan dan kesempurnaan solat serta mempersatukan hati-hati mereka yg mendirikan solat.((Nuzhatul Muttaqin (2/51)))

[3] Riwayat Abu Daud (664) dengan sanad yg Hasan.

[4] Hadis Sahih riwayat Abu Daud (667) dengan sanad mengikut syarat Muslim. 'Al-Hazafu' adalah kambing hitam yg kecil yg berada di sebelah kanan.

0 komentar:

Poskan Komentar