07.50

AZAB BAGI YANG TIDAK SOLAT

Diposting oleh salwa

Tersebut dalam kitab IRSYADUL ABAD WASABILLIR oleh Syeikh Zainuddin Al Malabari yang kuku baca siang tadi: Bahawa barang siapa yang meninggalkan solat akan dihukum oleh Allah s.w.t dengan 14 JENIS SEKSAAN iaitu:

- 5 SEKSAAN DUNIA
- 3 SEKSAAN KETIKA HENDAK MENINGGAL DUNIA
- 3 SEKSAAN DI ALAM KUBUR
- 3 SEKSAAN KETIKA KELUAR DARIPADA KUBUR.

LIMA SEKSAAN DI DUNIA IALAH:

1. Dicabut berkat umurnya (hidup susah dan tidak aman damai)
2. Dihapuskan tanda orang soleh di mukanya (wajahnya tiada cahaya atau hilang seri muka)
3. Setiap amalan kebajikan yang dilakukan tidak diberi pahala (sia-sia) oleh Allah swt.
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah swt.
5. Dia tidak tergolong ke dalam Mukmin yang mendapat bahagian daripada doa orang yang soleh.

TIGA SEKSAAN KETIKA HENDAK MENINGGAL DUNIA

1. Mati dalam keadaan hina
2. Mati dalam keadaan kelaparan
3. Mati dalam keadaan yang amat dahaga.

TIGA SEKSAAN DI ALAM KUBUR

1. Disempitkan kubur sehingga hancur tulang rusuknya.
2. Dinyalakan api di dalam kubur untuknya, maka dia bergelumbang di dalam api siang dan malam.
3. Datang menggigitnya ular yang bernama SYUJA. Matanya dari api neraka dan kukunya daripada besi (panas neraka) dan menggigit setiap ketika sehinggalah kiamat.

TIGA SEKSAAN SEMASA KELUAR DARI KUBUR UNTUK KE AKHIRAT

1. Diberatkan hisap (banyak soal jawab)
2. Dimurkai oleh Allah swt.
3. Dia dicampakkan ke dalam api Neraka.

Semoga menafaat

0 komentar:

Posting Komentar