00.59

SHOLAT DAN LIMA JENIS MANUSIA..

Diposting oleh salwa





SUDAH lama kita melakukan solat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud:

“Sudah pasti berjaya orang mukmin yaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak kita bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

06.30

BACAAN DALAM SHOLAT

Diposting oleh salwa

Sesuai untuk anak-anak yg baru belajar solat.
Lafaz Niat Solat Subuh


Aku solat subuh dua raka'at kerana Allah Ta'ala
( Usalli fardas subhi raka'ataini ada-an lillahi ta'ala)
Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.
( Allah-hu-akhbar )
RAKAAT PERTAMA
Doa Iftitah
1. Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
2. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
3. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
4. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
5. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.